02 May 2013

Temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Awam SPA






Salam readers, da lama tak buat entry baru. Kali ni saja nak cerita pengalaman masa temuduga SPA kat Putrajaya. Sebelum ni banyak dengar cerita yang temuduga SPA ni, dah setahun dua tahun after buat permohonan baru dapat panggilan temuduga. So dalam bulan disember tahun lepas aku register dan buat permohonan. Tak sangka bulan lepas dah dapat panggilan temuduga kat SPA Putrajaya. Ramai yang cakap rugi kalau tak pergi interview SPA ni sebab terpilih dari beribu-ribu permohonan. Lagi satu korang dapat pengalaman baru. Sebelum interview memang cuak gak sebab ni first time pergi temuduga kerja. So kena siap-siap print surat tawaran, susun sijil, potostat sijil dan buat sikit research pasal jawatan yang dipohon.

Bagi korang yang first timer macam aku, better sediakan semua yang pihak SPA nak. Paling penting resume korang. Masa sampai kat kaunter untuk register aritu, staff kat situ terus check dokumen yang diorang nak dan kena susun ikut susunan yang betul. Then nnt diorang bagi nombor giliran interview. Aritu tak ramai yang datang interview kot or maybe sebab turn aku petang so x ramai orang. Masa aku datang tu ada 3 orang je termasuk aku yang tgh tggu turn. Itu pun ada dua bilik interview. So dalam 4 minit after register terus kena panggil masuk bilik temuduga.


Masa nak masuk tu memang cuak la. Ketuk pintu bagi salam then baru masuk. Pastu terus bagi dokumen kita. Nasib baik aritu dapat penemuduga yang baik dan sporting, siap gelak2 lagi dalam bilik tu. Rasanya sorang dari Agensi Anti Dadah dan lagi sorang dari SPA. Disebabkan jawatan yang aku mohon tu bawah Agensi Anti Dadah, so soalan-soalan diorang pun berkaitan dengan tu je la. Antara soalan2 diorang 

  • Latar belakang diri anda
  • Anda datang untuk apa
  • Kenapa nak kerja kerajaan
  • Kenapa mohon jawatan ni
  • CGPA anda berapa
  • Apa itu Agensi Anti Dadah
  • Apa peranan Agensi Anti dadah
  • Apa peranan seorang pembantu anti dadah
  • Apakah jenis-jenis dadah
  • Pernah atau tidak berhadapan dengan penagih dadah
  • Pemulihan penagih adalah dibawah akta apa
  • Untuk menilai seseorang, adakah anda akan menggunakan undang-undang ataupun kemanusiaan
Dua soalan last tu diorang tanya sebab skrg aku study undang-undang. Alhamdulillah dapat jawab soalan-soalan tu even tak bape nak betul hehe :) Before datang interview sempat gak la buat research pasal AADK ngn jenis2 dadah. Cik Ainina pn tolong gak wat interview olok2. Terima kasih cik Ainina :) semua soalan yang kita buat semua panel tu tanya. Seronok! :) Masa last-last tu diorang banyak bagi nasihat dan banyak kali pesan kat aku naikkan pointer.hihihihihihi. Diorang kata nanti dah dapat degree boleh apply untuk jawatan pegawai plak. 

ni gamba masa survey jalan hehe

Terima kasih kat ayah cik Ainina sebab tunjukkan jalan dan bawak pusing Putrajaya. Terima kasih gak sebab belanja makan dua kali :) Terima kasih kat along sebab bawak pergi interview ari ahad tu ngn belanja nasi kukus n nasi ayam. Terima kasih untuk Ainina sebab susah2 tulis direction nak pergi Putrajaya. Alhamdulillah selamat sampai dan selamat balik hehe.

Untuk korang-korang yang nak pergi temuduga SPA bolehla google tips2 interview sebab tips2 tu memang berguna. Aku pun jenuh gak google tips2 dan apa2 yang berkaitan ngan jawatan yang aku pohon. Semoga berjaya korang :)


25 comments:

ainina rasidan said...

hehe.. sama2.. saya mmg hebat bab2 tulis pandu arah ni hehe

hafizulhakim said...

@ainina rasidan, thankz watkan arah :)

KuNanGKuNanG said...

sama2...:)

Anonymous said...

awak buat pengesahan tak semua salinan sijil 2 or tak payah, first time interview spa...huhu

Anonymous said...

awak buat tak cop pengesahan untuk semua salinan sijil, first time interview spa, so i tak tau la

hafizulhakim said...

@Anonymous : x payah buat pengesahan pn

Anonymous said...

Maaf sy xdpt bce awk tulis tu...nk tnye g interview jwtn pe? Sy 28.5 ni g interview spa...nourves pun de...leh bg tips x? Tq..:-)

hafizulhakim said...

@Anonymous : jawatan pembantu antidadah. ada fb x? sini susah plak nak citer. Masa aritu panel tu xda tanya apa pn. Basic pasal diri kita n kena wat research sikit r pasal jawatan yang kita mintak tu. goodluck nnt :)

Anonymous said...

salam..awk,bla result ley check yer?
sy interview 29 hb ari tu..tp surat twaran xsmpai..so xtaw bla let cek result

hafizulhakim said...

@Anonymous : Aritu saya tanya panel, dia kata dalam bulan 6 sebab kena lapor diri bulan 7. Apa2 dia kata boleh rujuk kat website SPA :)

Anonymous said...

owh,yeke..tQ..:)igtkn de tulis kt surat twaran bla ley semak:)

Anonymous said...

Salam.
Saya dipanggil utk temuduga minggu depan nih. Jawatan under JPN. Tapi gred spm. In fact, saya ada degree. Jawatn utk interview tu pun lari bidang. Agak2la kan, nak ke bagitau ada degree tu? Huhu..
Resume tu buat dalam bi atau bm?
TQ.

miliknya said...

Salam..awk dpt x? Sy alhamdulillah berjaya temuduga tu.

miliknya said...

Awk dpt x jwatan tu? Sy dapat alhamdulillah..

miliknya said...

Salam..awk dpt x? Sy alhamdulillah berjaya temuduga tu.

hafizulhakim said...

@Anonymous : Nak or taknak bgtau tu terpulang, tp kat resume mesti awak ada tulis kan dah ada degree. Macam saya aritu sy pn interview kerja gred spm, tp kt resume tulis tgh amek degree. Jadi terpulang pada panel nak amek kita kerja or tak. macam saya aritu dia sarankan mohon jawatan pegawai. Yang penting pergi je dulu interview coz nak dptkan pengalaman dan lagi satu nama kita da ada dalam diorg punya rekod. :)

Semoga berjaya nanti :)

hafizulhakim said...

@miliknya : Wah tahniah! :) Saya xdpt hehe.

Anonymous said...

Lebih baik jujurla kan..
Anyway, terima kasih banyak..

Anonymous said...

Lebih baik jujurla kan..
Anyway, terima kasih banyak..

jininglinneutral said...

@miliknya
anda berjaya dalam temu duga pembantu antidadah dalam temu duga pada 29/4?
adakah anda akan melapor diri program orientasi pada 1/7?
apa negeri u berasal?
mungkin kita boleh berkenalan.
saya juga berjaya dalam temu duga tersebut dan akan melapor diri pada 1/7.

Nurul nazuwa said...

hye . urm actly bulan 9 ni sy akan interview SPA . 2 tahun lepas sy dpt tp sy tk pergi atas sbb2 tertentu .so skrg dpt sbb sy mohon jawatan juruaudio visual , actly sy dlm proses nk habes diploma graphic bulan 10 . so patut ke sy masukkan dlm resume sy sbb interview 8/9 ni , sy habes dip bulan 11 ni . mcm mane ek ?

hafizulhakim said...

nurul nuzuwa : mcm saya masa interview aritu, dalam resume saya tulis pelajar tahun akhir coz saya pun tak habes belajar lagi tp dah kena panggil interview macam awak.
Mcm saya aritu panel tu tanya2 gak, so saya bgtau kt dia bila saya abes study semua. Terpulang pada panel nak amek kita kerja or tak and based on bila kena lapor diri. kalau lapor diri after kita da abes study InsyaAllah boleh dapat.

Goodluck nnt :)

Anonymous said...

Salam..nk tanya ni,phk spa bgtau brapa bln lbih awl sblm tarikh interview tu atau phk spa x bgtau lbh awl? ..tq..

hafizulhakim said...

En/Cik Anonymous : Kalau dpt panggilan temuduga, pihak spa akan hantar melalui email. Surat xtaula spa hantar ke x, masa saya haritu x dpt surat. just diorg hantar kt email. Kalau tak silap, aritu dapat email tu dalam 3 minggu before tarikh temuduga. Yang penting kena check email :)

Goodluck :)

Anonymous said...

Tq..Sgt bguna info tu utk saya... :-)