13 July 2013

Insiden Bazar Ramadan


Salam readers, selamat berpuasa. Kali ni nak cerita pasal satu insiden kat bazaar Ramadan. Semalam aku pergi bazaar Ramadan kat tempat aku, Sekinchan. Ada satu gerai murtabak yang best kat sini, boleh kata tiap tahun gak beli murtabak kat situ. Masa aku dtg semalam ramai gak orang tgh tunggu kat situ. So, aku berdiri je dulu tunggu orang kurang skit baru aku order. Aku tgk makcik gerai tu n anak dia je yang ada masa tu. Selalu suami dia yg buat murtabak. So aku pn order r kat makcik tu. “Makcik, murtabak daging dua”. Pastu dengan tak semena-menanya, makcik tu boleh plak balas kat aku dengan suara melenting dia. “ Adik boleh tunggu sekejap tak!!”. Erk aku sendiri pn tekejut tetiba nak marah aku kan. Macam aku dah order kat dia banyak kali plak. Padahal aku baru je order kot. Makcik tu langsung tak senyum, muka masam je. Dahla orang ramai masa tu, confirm2 diorang dengar kan. 

Nasib baik la aku ni hormat lagi tp panas gak la masa tu. Memikirkan hati aku yang tengah panas, last2 aku blah je dari situ n beli murtabak kat gerai lain. Lagi sedap n lagi murah. Aku faham ramai orang kt gerai tu masa tu, tp professional lah sikit. Customer order elok2 kot..takkan sebab orang lain kita plak yang kena marah kan. Sepatutnya, peniaga ni mesti dah foresee lah kan karenah customer. Last year aku g gak gerai tu ngn akak aku siap sembang2 lagi ngn makcik tu. Sorry lah makcik kalau gerai murtabak makcik tu dah kena banned forever pasni.


Salam Ramadan dan Selamat Berpuasa!

5 comments:

shera haifa said...

haiyakk makcik tu tengah lapar tu. hehe

ainina rasidan said...

garangnya encik abang ni haha

Gadis Madu said...

gerai yg mana satu aq pun dok sekinchan gak..

Gadis Madu said...

gerai yg mana? aq pun dok sekinchan gak

hafizulhakim said...

gadis madu : gerai kat seblah kiri skali.depan kedai runcit. slalu situ ramai org. Suami isteri yg jaga.